Glitter Text
Make your own Glitter Graphics


Get your own Digital Clock

Thursday, December 31, 2009

KITAR SEMULA:Bekas Lilin dari Botol

BEKAS LILIN DARI BOTOL

BAHAN :
botol pati ikan haruan/ pati ayam
warna kaca/ cat akrilik + berus
lilin -dicairkan
tali sumbu/ tali parcel
hiasan: riben , bunga palsu dll
CARA:
botol dicuci dan dikeringkan (pastikan tidak berbau)
warnakan dan corakkan botol
masukkan tali dan pastikan diikat pada kayu supaya kedudukan tali di tengah
masak / panaskan lilin hingga cair.
(jika anda mahukan aroma campurkan dengan minyak wangi atau daun pandan)
masukkan lilin cair ke dalam botol perlahan-lahan
pastikan tali sumbu tidak bergerak dan berada di tengah-tengah
setelah lilin beku, hias dengan riben,bunga dll (ikut kreativiti anda)
(boleh digunakan, hiasan atau dijadikan cenderamata)
***selamat mencuba***

Saturday, December 26, 2009

SIRI KITAR SEMULA- Penanda Buku

Contoh penanda buku dalam gambar ini adalah ciptaan yang boleh juga diolah dari bahan kitar semula dengan hanya mengumpul bahan yang sesuai dan seterusnya mengapplikasikan teknik potong/koyak dan tampal.. Proses yang mudah dan hasilnya bukan saja boleh dijadikan penanda buku tapi boleh juga dijadikan cenderahati atau kad ucapan..
Bahan yang digunakan :
majalah , pembalut hadiah dll
kertas keras (kad lama, kulit buku dll)
gunting dan gam
saiz :
bebas mengikut kesusaian
bentuk/ rupa :
tidak semestinya empat segi tepat oleh diolah mengikut cita rasa pereka


Saturday, December 19, 2009

*** gambar di atas merupakan hasil kotak
dijadikan bekas mengisi gula-gula
utk tetamu kanak2
yang hadir dalam sesuatu majlis***
SIRI KITAR SEMULA: kotak dari kertas


KOTAK DIPERBUAT DARIPADA KERTAS (MAJALAH/ KALENDER/ PAMPLET DLL)

HANYA PERLU MENGGUNAKAN TEKNIK POTONG DAN LIPAT DARI KERTAS TERBUANG (DIPOTONG 4 SEGI SAMA)
MANFAATKAN KOTAK INI UTK ISI BAHAN KECIL,
Jika diajar kepada anak2 mereka mungkin boleh gunakan kotak ini utk diisi sampah asahan pensil atau kotak diisi hadiah buat kawan..

****sekurang2nya mereka sudah tahu menghargai bahan di sekitar dan dapat fikir kegunaan kertas sebelum dibuang begitu sahaja.

Mungkin bagi peniaga boleh gunakan kotak ini untuk diisi bahan jualan seperti Brooch, pin dll


Siri KITAR SEMULA nanti akan ditunjukkan cara menghasilkan kotak ini tanpa menggunkan gam, pita pelekat & stapler

Tuesday, December 15, 2009

SIRI KITAR SEMULA -kotak dari kulit buku lama



BEKAS DARI KULIT BUKU KANAK-KANAK

Bekas ini diperbuat dari kulit buku (kad tebal) yang telah dicantum menggunakan 'paper tape'.

Selalunya orang ramai akan membuang buku lama. Tetapi sebenarnya boleh diubahsuai menjadi bahan ini sebagai bekas barang, kotak atau bekas sampah (lihat contoh disebelah).

Kulit buku kanak-kanak yang penuh dgn ilustarasi dan animasi berwarna -warni lagi ceria amat sesuai untuk menghasilkan 'produk baru' ini.


Walau bagaimanapun, kulit buku tebal yang kurang menarik boleh dibalut atau diwarnakan mengikut cita rasa perekanya.


ALANGKAH BAIKNYA JIKA RAMAI YANG DAPAT MELAKUKANNYA ...






***Jika ada contoh yang sesuai, saya akan masukkan sebagai idea tambahan bagi sesiapa yang berminat dan sebagai perkongsian idea.***





..


Friday, December 4, 2009

KITAR SEMULA-jangan membazir



BAHAN/ BARANG YANG ADA DI SEKITAR YANG DIANGGAP 'SAMPAH BERSEPAH' BOLEH DIGUBAH MENJADI LEBIH MENARIK DAN BERGUNA.. PELBAGAI HASIL GUBAHAN INI PASTI DIHARGAI . KADANG-KADANG BAHAN YANG DIGUBAH SEMULA SECARA KREATIF AKAN LEBIH BERHARGA DAN BERNILAI DARI SEGI 'RM' dan MENJADI BARANG KLASIK DAN ANTIK...JADI FIKIR SEBELUM BUANG.
(tiada pilihan : jual aje kpd "si pembeli surat khabar lama" bila lalu depan rumah. sukurang-kurangnya dapat hasil juga)
YANG PENTING LIHAT DI SEKELILING ANDA
PEKA DAN BARANGAN YANG DIJUAL
CEDOK DAN DAPAT KAN IDEA
SUPAYA DAPAT MEREKACIPTA
MENJADI ITEM LAIN
YANG BERGUNA & BERMANFAAT.


PASTI ANDA MENDAPAT kepuasan KREATIVITI (ANUGERAH ILAHI)

Wednesday, December 2, 2009

KARYA YANG MAHA ESA


Inilah contoh ciptaan NYA.. memang indah .
Lengkap NILAI ESTETIKA -
palitan warna yang harmoni
disulam unsur garisan dan kesan jalinan nyata
unsur rupa dan bentuk bersepadu... padu
itu yang manusia belajar cuma dalam ASAS SENIREKA
..... sebagai pedoman dalam hidup
tapi.... takkan sama hasil maha lengkap ciptaanNYA
INDAH ciptaan MU..


ESTETIKA SENI

RAMAI YANG MENGANGGAP DIRINYA TIDAK PANDAI SENI.. TAPI HAKIKATNYA, SEMUA DARI KITA PENSENI VISUAL (SAMADA PEREKA ATAU PEMINAT).. RAMAI AKAN KATA 'TAK PANDAI SENI' TAPI SEBENARNYA MEREKA PENGGUNA DAN PENYUMBANG KEPADA SENI VISUAL TERUS BERKEMBANG.
KITA HANYA HAMBA YANG MAHA PENCIPTA .. MANFAAT ANUGERAH NYA DENGAN CARA YANG BETUL
ESTETIKA ADALAH KEINDAHAN YANG PERLU DIHAYATI DAN DIHARGAI OLEH KITA (HAMBA) TERHADAP CIPTAANNYA.
CIPTAAN ALLAH TERBUKTI DI BUMI INI. MANFAAT DENGAN BIJAK SUPAYA TERUS TERPELIHARA. SEGALA CIPTAAN 2 DIMENSI DAN 3 DIMENSINYA TIADA TANDINGAN.
ANUGERAH DAN KELEBIHAN YANG DIANUGERAH OLEH ALLAH KEPADA KITA MANFAAT DENGAN BIJAK